Thursday, August 26, 2010

Adab bElaJar MenGikUt Imam Al-GhazaLi...


1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu 13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya 17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Elakkan makan makanan 1. Jajan 2. Air atau makanan ada semut padanya 3. Makanan fast food seperti nuggets, burger, sosej 4. Makanan yang masam seperti jeruk 5. Otak ikan 6. Makanan yang berajinomoto 7. Makanan yang berbau busuk seperti- petai, jering dan bawang mentah 8. Air yang terlalu manis seperti air berkaibonat –air coke , pepsi,f&n

Kerap makan makanan 1. 21 kismis sehari ( 7 biji 3x sehari ) – sekurang-kurangnya 9 biji ( 3 biji 3 x sehari ) / 3 biji sehari 2. Air kacang soya sekali sehari 3. 2 biji kurma 4. 3 biji kacang pistachios sehari


KaEdaH Belajar Secara BerKumPuLan....


BELAJAR secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan. Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan.

Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan.

Berikut diberi beberapa panduan belajar secara kumpulan.

Jumlah anggota kumpulan

Seeloknya jumlah anggota kumpulan adalah antara 3 hingga ke 5 orang sahaja. Jika terlalu ramai interaksi tidak dapat dijalankan secara berkesan dan ianya memakan masa yang lama.

Topik pembelajaran

Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai kata sepakat tentang topik yang menjadi pilihan mereka untuk belajar dalam kumpulan. Topik tersebut perlulah dibaca dan dikaji dahulu sebelum hadir untuk sesi tersebut.

• Kaedah pembelajaran

o Pecahan topik: Setiap anggota kumpulan perlulah mempunyai tugas untuk menganalisis topik mengikut pembahagian dan pecahan topik.

Analisis:

Setiap anggota kumpulan perlulah menganalisis tugas yang diberikan dengan cara membuat catatan ringkas, rajah, peta minda atau pengurusan grafik. Sebarang keraguan yang terdapat sewaktu proses menganalisis dijalankan perlulah diambil perhatian agar perkara ini dapat dikemukakan kepada anggota lain untuk membantu ke arah penyelesaian.

Persembahan:

Setiap anggota kumpulan perlulah mempersembahkan tugasan mereka secara tidak formal dan bergilir-gilir. Persembahan perlulah dibuat secara jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi mengekalkan sebutan istilah-istilah yang tertentu dan penting.

Interaksi

Selepas persembahan anggota lain perlu berinteraksi iaitu sama ada bertanya atau memberi pandangan atau teguran jika salah. Proses ini mampu menjelaskan lagi masalah yang terdapat dalam topik tersebut serta dengan tidak secara langsung menguatkan lagi daya ingatan.

Rumusan

Setiap perbincangan perlulah dibuat rumusan sama ada dalam bentuk nota atau peta minda agar daya ingatan dapat dikekalkan.

Kejayaan kaedah belajar secara kumpulan ini banyak bergantung kepada disiplin diri setiap kumpulan. Setiap anggota kumpulan perlulah menumpukan perbincangan terhadap topik yang ditentukan tanpa gangguan. Seorang anggota kumpulan perlulah dilantik untuk menyelaras aktiviti yang dijalankan agar ia lebih terancang dan berjaya memenuhi tujuannya. Bagaimanapun setiap anggota kumpulan perlu memainkan peranan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya belajar secara kumpulan ini tidak memberi sebarang tekanan kerana ianya dijalankan secara mesra, ikhlas dan di ruang yang lebih lapang dan tidak terhad dalam bilik darjah sahaja.

(sumber: Dr. Ismail Zain,Utusan Malaysia)

Sunday, August 22, 2010

FaDhiLat Dan KeleBiHan Solat TerAwEh....

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarn-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah S.W.T akan member penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat Tarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.




Sunday, August 8, 2010

Renungkan lah....


Allah berfirman: “Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.” “Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.” “Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.” “Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.” “Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.” “Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.” “Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.” “Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.” Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali…. Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik.

5 tips sekiranya putus cinta...




1)Lepaskan perasaan anda.
Dan biarkan ia keluar sewenang-wenangnya, menangis, beritahu rakan-rakan anda buat kali yang ke 15 betapa sidia begitu tertawan dengan bentuk bibir atas anda. Jika anda tidak melepaskan emosi anda, ianya akan berpesta didalam diri anda dan begitu juga dengan memori-memori lama. Oleh itu, benarkan diri anda menikmatinya buat kali terakhir. Kemudian berhenti. Perlukan sedikit belaian? Dapatkan barang untuk dipeluk sebagai pengganti. Anak kucing yang comel boleh membantu untuk jangkamasa yang panjang supaya anda dapat melupakan sidia yang seumpama seekor kucing.

2)Latih Semula Hati Anda
Anda akan dapat melupakan bekas kekasih anda sebaik sahaja anda dapat melihat dirinya dibawah sinaran cahaya yang baru. Ia dipanggil gambaran kreatif - menggambarkan sesuatu perkara yang anda harapkan supaya berlaku. Pejamkan mata anda dan bayangkan gambaran yang negatif, seperti ketika sidia mempunyai sisa-sisa makanan yang meleleh pada dagunya. Terseksa dengan sikapnya yang tidak berhati perut? Dalam fikiran anda (hanya didalam fikiran anda sahaja), biarkan sidia pula yang berjalan diatas jalan tersebut. Itu secara tidak langsung dapat menghapuskan perasaan sakit hati yang membuang tenaga sahaja.

3)Waspada kepada kesukaran yang melantun semula.
Hanya apabila ada fikir adalah selamat untuk anda keluar dengan memakai maskara (tiada lagi kesan airmata), tiba-tiba gedebuk! Anda jatuh cinta semula. Tetapi kali ini cuba lihat teman lelaki anda yang terbaru itu sebagai dirinya sendiri, dan bukannya sebagai seorang yang tiada kecacatan. Ia seperti menyapu ubat kepada hati yang luka - lega buat seketika, tetapi anda tidak menyembuhkan patah hati anda dengan menggantikan orang tersayang anda tersebut. Anda perlu telah benar-benar melupakannya sebelum anda maju ke hadapan. Yang mana akan membawa kita ke ...

4)Bentuk Satu Kelab Malam Minggu.
Hujung minggu merupakan saat yang paling payah bagi orang-orang yang baru putus cinta. Mulailah berhubung semula dengan rakan-rakan pada awal minggu untuk membuat perancangan bagi hujung minggu. Adakan perjumpaan untuk berkumpul bersama rakan-rakan di suatu tempat terbuka. Bagi yang minat melakukan kerja-kerja sukarela, malam minggu boleh menjadi masa yang baik untuk bekerja di dapur. Dan anda juga dapat berjumpa dengan orang-orang lain yang mempunyai hati yang besar dan memberi semangat.

5)Tutup pintu hati anda.
Jangan terjerumus kedalam cinta yo-yo. Biarkan ia berlalu. Sekiranya sidia masih menghubungi anda dan meminta anda memberikannya satu lagi peluang, atau sidia telah mempunyai teman yang baru tetapi masih mahu berkawan dengan anda, jangan terus menerimanya. Lepaskannya dan raikan pula teman lelaki anda yang baru, yang mana lebih baik lagi, seseorang yang lebih hebat lagi

shushi oh shushi......





Wah...!!hari sabtu sungguh bertuah.....tetiba housemate merangkap roomate bawak balik shushi dari Kl.....dah lama tak makan shushi....sebenarnya aku tak suka sangat shushi..rase cm nak muntah makan bile kenyang...bile kenyang la...(poyo)tapi,bile lapar,tak muntah pulak....ngeh3....erm...memang best r shushi 2...sebab dah lama tak makan....member aku 2orang tu memang suka makan...yang 1orang tu siap bukak puasa dengan shushi lagi...sebab beli banyak sangat kan..nasib baik rumah ada peti ais...boleh simpan....bile ak upload gambar dalam fb...hik3...berjaya jugak buat memberku yang lain teliur....huk3...cian diaorang...ajak mai makan tak mau...papepn,thks Ja n Na...nyam3..t g Kl,nk bli lg....hik3...kat tg.malim tak ada....hu3

Saturday, July 17, 2010

Petua bersihkan hati....

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – (CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
18."sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"