Sunday, August 8, 2010

5 tips sekiranya putus cinta...




1)Lepaskan perasaan anda.
Dan biarkan ia keluar sewenang-wenangnya, menangis, beritahu rakan-rakan anda buat kali yang ke 15 betapa sidia begitu tertawan dengan bentuk bibir atas anda. Jika anda tidak melepaskan emosi anda, ianya akan berpesta didalam diri anda dan begitu juga dengan memori-memori lama. Oleh itu, benarkan diri anda menikmatinya buat kali terakhir. Kemudian berhenti. Perlukan sedikit belaian? Dapatkan barang untuk dipeluk sebagai pengganti. Anak kucing yang comel boleh membantu untuk jangkamasa yang panjang supaya anda dapat melupakan sidia yang seumpama seekor kucing.

2)Latih Semula Hati Anda
Anda akan dapat melupakan bekas kekasih anda sebaik sahaja anda dapat melihat dirinya dibawah sinaran cahaya yang baru. Ia dipanggil gambaran kreatif - menggambarkan sesuatu perkara yang anda harapkan supaya berlaku. Pejamkan mata anda dan bayangkan gambaran yang negatif, seperti ketika sidia mempunyai sisa-sisa makanan yang meleleh pada dagunya. Terseksa dengan sikapnya yang tidak berhati perut? Dalam fikiran anda (hanya didalam fikiran anda sahaja), biarkan sidia pula yang berjalan diatas jalan tersebut. Itu secara tidak langsung dapat menghapuskan perasaan sakit hati yang membuang tenaga sahaja.

3)Waspada kepada kesukaran yang melantun semula.
Hanya apabila ada fikir adalah selamat untuk anda keluar dengan memakai maskara (tiada lagi kesan airmata), tiba-tiba gedebuk! Anda jatuh cinta semula. Tetapi kali ini cuba lihat teman lelaki anda yang terbaru itu sebagai dirinya sendiri, dan bukannya sebagai seorang yang tiada kecacatan. Ia seperti menyapu ubat kepada hati yang luka - lega buat seketika, tetapi anda tidak menyembuhkan patah hati anda dengan menggantikan orang tersayang anda tersebut. Anda perlu telah benar-benar melupakannya sebelum anda maju ke hadapan. Yang mana akan membawa kita ke ...

4)Bentuk Satu Kelab Malam Minggu.
Hujung minggu merupakan saat yang paling payah bagi orang-orang yang baru putus cinta. Mulailah berhubung semula dengan rakan-rakan pada awal minggu untuk membuat perancangan bagi hujung minggu. Adakan perjumpaan untuk berkumpul bersama rakan-rakan di suatu tempat terbuka. Bagi yang minat melakukan kerja-kerja sukarela, malam minggu boleh menjadi masa yang baik untuk bekerja di dapur. Dan anda juga dapat berjumpa dengan orang-orang lain yang mempunyai hati yang besar dan memberi semangat.

5)Tutup pintu hati anda.
Jangan terjerumus kedalam cinta yo-yo. Biarkan ia berlalu. Sekiranya sidia masih menghubungi anda dan meminta anda memberikannya satu lagi peluang, atau sidia telah mempunyai teman yang baru tetapi masih mahu berkawan dengan anda, jangan terus menerimanya. Lepaskannya dan raikan pula teman lelaki anda yang baru, yang mana lebih baik lagi, seseorang yang lebih hebat lagi

No comments:

Post a Comment